fbpx

Tiada pemimpin BN cuba ‘gulingkan’ Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad beramah mesra dengan kakitangan Kementerian Pertahanan pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan, di Kem Kementah, di sini hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

PETALING JAYA – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa ada kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang cuba ‘menggulingkan’ Kerajaan Perpaduan.

Mohamad berkata, dakwaan itu sengaja diwujudkan pihak berkenaan bagi memporak-perandakan kerajaan sedia ada yang dibentuk hasil gabungan pelbagai parti.

Jelasnya, untuk menumbangkan kerajaan sekarang agak sukar kerana Akta Lompat Parti telah berkuatkuasa dan mana-mana Ahli Parlimen yang mahu menyokong parti lain perlu meletakkan jawatan dan pilihan raya kecil perlu diadakan

“Setakat ini, setahu saya bagi pihak (BN) kami tiada apa-apa usaha atau ura-ura dilakukan untuk memporak-perandakan kerajaan sedia ada kerana ia adalah janji BN untuk membentuk kerajaan yang stabil.

“Kerajaan kini juga mempunyai majoriti yang agak besar sebanyak 148 kerusi dan untuk ditumbangkan ia satu perkara yang agak sukar.

“Lebih baik kita cari cara bagaimana nak uruskan negara dengan baik dan rakyat mendapat pembelaan serta kerajaan dapat diuruskan dengan sebaik mungkin,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka, Kementerian Pertahanan dan Kem Kementah di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Faiz Na’aman yang mendakwa Perikatan Nasional (PN) telah mendapat sokongan 126 ahli parlimen untuk membentuk kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI