fbpx

Siasatan dalaman kes buli pelatih TUDM sedang dijalankan – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad beramah mesra dengan pelajar tahfiz pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Pertahanan, di Kem Kementah. -Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO!

PETALING JAYA – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sedang menjalankan siasatan dalaman berkaitan kes buli seorang pelatih di sebuah pusat latihan di Kuantan, Pahang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, siasatan tersebut dilakukan susulan satu laporan polis dibuat bapa mangsa sebelum ini yang mendakwa anaknya menjadi mangsa buli di pusat latihan tersebut.

Jelas beliau, pihak polis telah datang ke kawasan pusat latihan tersebut dan melakukan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan itu.

“Sebenarnya, TUDM tidak terima laporan berkaitan isu ini kerana bapa mangsa membuat laporan terus kepada pihak polis baru-baru ini.

“Bagaimanapun kita akan menjalankan siasatan dalaman berdasarkan laporan tersebut dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka, Kementerian Pertahanan dan Kem Kementah di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Panglima Angkatan Tentera,Tan Sri Affendi Buang.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, pihaknya akan memastikan kes buli berkenaan disiasat secara menyeluruh dan individu yang didapati bersalah melanggar tatatertib dan prosedur operasi standard bagi setiap anggota yang duduk di pusat latihan dikenakan tindakan sewajarnya.

Terdahulu tular satu perkongsian di media sosial di mana seorang wanita mendakwa adiknya menjadi mangsa buli di sebuah pusat latihan tentera udara dipercayai di Kuantan, Pahang.

Dalam perkongsian berkenaan wanita itu mendakwa adiknya menjadi mangsa penderaan fizikal dan emosi sehingga menyebabkan beliau trauma dan ketakutan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI