fbpx

PKPD di ILKKM Kempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILKKM Kempas dikenakan PKPD bermula semalam.

JOHOR BAHRU – Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Kempas di sini telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran bermula semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, keputusan itu diambil kerana 42 kes aktif Covid-19 daripada 56 kes di Johor Bahru adalah dari Kluster Kempas yang turut meliputi institut latihan berkenaan.

“Pelaksanaan PKPD di lokasi itu berkuat kuasa selama 14 hari setelah mengambil kira jumlah kes Covid-19 yang tinggi.

“Kita tidak kenakan PKP Bersyarat atau PKPD di Johor Baharu tetapi cuma kita akan laksanakan PKPD Bersasar Secara Pentadbiran di ILKKM Kempas.

“Apabila PKPD Bersasar Secara Pentadbiran bermakna kita dapat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di lokaliti tertentu sahaja bukanlah satu daerah Johor Bahru,” katanya.

Beliau berkata demikian kepadaselepas merasmikan Mesin Pengimejan Resonas  (MRI) Hospital Pakar Putra Batu Pahat di Batu Pahat hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI