fbpx

Cemas hampir 1 jam terperangkap dalam lif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video beberapa penduduk sebuah kondominium terperangkap di dalam lif hampir sejam sebelum diselamatkan bomba.

PETALING JAYA – Detik cemas dilalui beberapa penduduk sebuah kondominium apabila didakwa terperangkap hampir satu jam di dalam lif gara-gara kemudahan tersebut tidak berfungsi dengan baik.

Berdasarkan video dimuat naik oleh seorang wanita di TikTok farraazuan7 yang juga salah seorang penduduk yang terperangkap, kejadian itu dipercayai kelmarin, namun tidak diketahui lokasi kondominium tersebut.

Dakwanya, penduduk segera memaklumkan kepada pihak keselamatan kondominium untuk melaporkan kepada bomba, namun dikatakan mereka lambat berbuat demikian.

“Tragedi raya kesembilan pukul 11.40 malam, hampir sejam sangkut dalam lif. Lepas setengah jam dalam lif, kami mula kekurangan oksigen.

“Paling cemas bila nak hubungi 999, ‘line’ dalam tu tak ada langsung. 15 minit tekan loceng tiada yang respon. Semua berpeluh sampaikan dinding lif pun berwap basah,” cerita wanita tersebut pada video dimuat naik semalam.

Dia memberitahu terdapat dua pesakit jantung berada di dalam lif tersebut.

“Yang paling kita orang marah ‘guard house’ situ tak ambil apa-apa tindakan, cakap dah call bomba, tunggu 15 minit belum sampai. Rupanya ‘guard house’ tak call lagi bomba.

“Dia ingat nyawa boleh buat main? Dalam lif tu ada dua orang sakit jantung. Memang cemas, pertama kali ‘sangkut’ dalam lif hampir sejam. Memang fobia, selalu tengok orang ‘tersangkut’ lif,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ada pengguna media sosial menjelaskan, berkemungkinan pihak keselamatan tidak menghubungi bomba lebih awal kerana mereka memaklumkan kepada pihak penyelenggaraan terlebih dahulu.

“Guard tidak akan panggil bomba, dia orang akan panggil pihak penyelenggaraan lif dahulu. Sebab kalau bomba datang, dia orang pecahkan, nanti kos baiki tinggi,” kata its.Annurs.

“Guard dia akan panggil geng selenggara dulu. Kalau dia orang tak boleh buat apa, baru bomba,” komen 𝚉𝙵 𝙻𝚎𝚐𝚊𝚌𝚢. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI