fbpx

Arteta tekad tamatkan badi Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARTETA mahu anak-anak buahnya meraih kemenangan ke atas United sekali gus menamatkan badi kekalahan pada aksi EPL di Old Trafford awal pagi esok.

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta berharap skuad kendaliannya mampu menamatkan kemarau kemenangan 14 tahun di Old Trafford menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United awal pagi esok.

Kali terakhir The Gunners melakar kemenangan di laman keramat United itu adalah pada September 2006, ketika Arsenal dianggap pencabar juara liga.

Justeru, Arteta berharap mereka mampu menamatkan badi itu dengan kemenangan ke atas United pada aksi nanti, sekali gus mengubat kekecewaan tewas kepada Manchester City dan Leicester City sebelum ini.

“Saya fikir sudah 14 tahun kali terakhir Arsenal menang ke atas United di Old Trafford. Selepas tewas kepada Leicester minggu lalu, saya fikir ini masa sesuai untuk tamatkan kemarau tersebut.

“Saya tidak kisah dengan corak permainan pasukan ketika ini kerana kami sedang berkembang sebagai satu pasukan. Jus­teru, sudah cukup jika kami boleh mengelak kekalahan,” ujarnya .

Bagaimanapun, pengendali dari Sepanyol itu enggan pemain-pemainnya melangkah masuk ke padang dengan harapan untuk mencatat keputusan seri, sebaliknya beliau mahu Arsenal membawa pulang tiga mata.

“Saya tidak mahu pemain-pemain pergi ke Old Trafford hanya untuk elak kekalahan dan catat keputusan seri. Mereka perlu masuk ke padang dengan sasaran mencatat kemenangan,” tegas beliau. – AGENS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI