fbpx

Dua beradik lemas ketika mandi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA polis dan bomba mengangkat mayat mangsa lemas terdiri dari dua beradik yang maut ketika mandi di Pantai Tanjung Buloh, Tanjung Sedili, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda di Pantai Tanjung Buloh, Tanjung Sedili di sini bertukar tragedi selepas dua daripada mereka maut disyaki lemas petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.39 petang itu menyebabkan mangsa, Siti Nursalina Johari, 10 dan kakaknya, Siti Rabiah, 13, meninggal di tempat kejadian.

Selain itu, ibu mangsa, Mersidita Yunos, 46, dan ibu saudara Saleha Haron, 27, turut cedera dalam kejadian itu.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba(PPgB) Mohd Khairul Sufian Dahari berkata, seramai sembilan anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai 15 anggota terdiri dari polis, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Perbandaran Pengerang turut terlibat dalam operasi tersebut.

“Difahamkan mangsa dua beradik bersama keluarga dari Tiram beraya di Tanjung Sedili rumah saudara mereka bersama keluarga. Selepas itu mereka sekeluarga juga saudara lain kemudiannya pergi ke pantai untuk mandi-manda.

“Sebaik sahaja pasukan keluaran operasi di tempat kejadian memang mendapati terdapat empat orang mangsa lemas merupakan satu keluarga.

“Dua orang mangsa berjaya diselamatkan orang awam manakala dua mangsa lagi telah lemas dan dibawa naik oleh orang awam ke darat sebelum anggota tiba di lokasi kejadian, katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, dua mangsa merupakan kanak-kanak yang lemas kemudian telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI