fbpx

Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelacur menikan kemaluan lelaki berhubung hutang di Monkey Bay pada Jumaat lalu. - Getty Images

LILONGWE, Malawi –  Seorang pelacur menikam kemaluan seorang pelanggannya kerana mendakwa lelaki itu  berhutang dengannya kira-kira 1,000 kwacha (RM4.35) di Monkey Bay, Malawi, lapor portal berita Daily Star semalam.

Polis negara itu berkata, pekerja seks itu telah ditangkap dan kini menghadapi tuduhan yang serius.

Portal berita Malawi 24 berkata, kejadian ngeri itu berlaku di daerah Mangochi melibatkan pekerja seks dikenali sebagai Patricia Wyson.

Dia didakwa menikam kemaluan pelanggannya dengan sebilah pisau.

Jurucakap Balai Polis Monkey Bay, Sarjan Alice Sichali berkata, kejadian berlaku di Kampung Chembe di kawasan Pihak Berkuasa Tradisi Nankumba, Cape Maclear pada malam Jumaat lalu.

Lelaki itu dikejarkan ke pusat kesihatan Cape Maclear dan kemudiannya dirujuk ke hospital komuniti Monkey Bay untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.

Pelacur itu kemudiannya ditangkap dan dia perlu menjawab beberapa pertuduhan termasuk berniat menyebabkan kecederaan parah, lapor Malawi 24. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI