fbpx

Ramai suami enggan isteri kelihatan cantik bergaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai suami tidak mahu isteri mereka berpakaian menarik dan bergaya di Vietnam. - Pexels

HANOI  – Seorang isteri, Nguyen Thi kerap bergaduh dengan Duc Tuan yang dikahwininya selama tujuh tahun kerana suaminya itu marah apabila dia mewarnakan rambutnya dan memakai pakaian mendedahkan paha, lapor portal berita VnExpress semalam. 

Setiap kali dia menggayakan rambut baharu, Tuan meminta dia menukarnya semula dan pernah berkata: “Jika anda cantik, walaupun anda memakai baju longgar berwarna coklat anda tetap cantik.”

Bagi menggelak  perselisihan keluarga, Thi, 37, sering tidak menyolek wajahnya tetapi mewarnakan rambutnya coklat gelap dan memilih dua gaun formal paras lutut menjelang sambutan Tahun Baru Cina namun Tuan memberitahunya: “Anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi anda masih terlalu banyak melakukan perbuatan bodoh.”

Dia memaksa isterinya memakai seluar hitam tebal untuk mengelakkan kakinya terdedah. Thi mengamuk dan membawa anak-anaknya ke rumah ibu bapanya dan tinggal di sana sepanjang Tahun Baru Cina yang lalu.

Tuan merupakan antara berjuta-juta suami yang beranggapan bahawa isteri atau teman wanita mereka tidak boleh memakai alat solek atau berdandan dan kumpulan itu menyumbang 61 peratus lelaki Vietnam, demikian menurut kajian yang dijalankan pada 2020 oleh Institut Kajian Pembangunan Sosial.

Seorang pakar psikologi di Akademi Pentadbiran Awam, Profesor Nguyen Thi Minh mendakwa bahawa ramai lelaki Vietnam bersifat paternalistik.

“Lebih penting lagi, mereka  tidak mahu isteri masing-masing berpakaian cantik. Mereka (para suami) kurang keyakinan diri. Mereka takut tidak cukup baik untuk memastikan isteri masing-masing setia,” tambah Minh. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI