DUBLIN, Ireland – Seorang ejen sukan lumba kuda menelan ikan emas ketika berpesta dekat Dublin dan perbuatannya kemudian menjadi tular, lapor portal berita The Sun semalam.
Ejen itu, Hamish Macauley mengambil ikan tersebut dari dalam bekas plastik sebelum menelannya.
Lelaki berkenaan berkata, adegan mengejutkan itu benar-benar di luar wataknya dan perbuatan tersebut tidak akan berlaku lagi di masa hadapan. Dia juga sangat menyesal dengan tindakannya.
Insiden itu berlaku semasa Festival Punchestown, Mukim Kildare di luar Dublin pada awal minggu lalu.
Macauley yang berasal dari Ireland memberitahu Sun Racing: “Saya jelas sangat kecewa dengan diri saya sendiri atas tindakan saya dalam video ini.
“Saya tidak boleh meminta maaf berlebih-lebihan kerana kelakuan saya. Saya benar-benar kesal. Ia benar-benar di luar watak dan tidak akan berlaku lagi,” katanya. – Agensi