fbpx

Selangor sasar 2,500 sertai Festival Turath Islami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster Pra-Pelancaran Festival Turath Islami Selangor yang berlangsung di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor, semalam.

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menyasarkan kehadiran seramai 2,500 pengunjung bagi Festival Turath Islami Selangor bermula 20 Mei depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, program selama enam hari itu memfokuskan perbincangan dan penghayatan mengenai kitab Ihya’ Ulumudin yang juga karya Al-Ghazali.

Katanya, ia turut menandakan permulaan terjemahan 10 jilid kitab itu buat kali pertama dalam Bahasa Melayu.

“Festival itu merangkumi tujuh komponen termasuk Daurah Afkar dan seminar penghayatan Ihya’ Ulumuddin, interaksi bersama pemegang taruh seperti pimpinan pendidikan, ahli akademik serta graduan universiti.

“Ia bakal disempurnakan dengan program Muzakarah Ulama Umara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, festival itu bakal menampilkan tokoh ulama antarabangsa tersohor yang juga bekas Mufti Agung Republik Rakyat Mesir, Syeikh Dr. Ali Jum’ah.

Tambah Amirudin, program itu turut menghimpunkan tokoh berpengaruh di rantau ini seperti Prof. Dr. Aqil Siroj, Dr. Nadirsyah Hosen, Baba Ismail Sepanjang dan Baba Haji Ghazali Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI