fbpx

Rumah perlindungan terbesar untuk si bulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memperlihatkan rumah perlindungan kucing jalanan sedang dalam pembinaan.

PETALING JAYA – Sebuah rumah perlindungan bagi kucing jalanan sedang dibina di Kampung Gong Kepas Dalam, Besut, Terengganu oleh Pertubuhan Bantuan Haiwan Prihatin (PBHP).

Menerusi video klip yang dimuat naik di aplikasi TikTok @Whiskers Pet House memperlihatkan rumah perlindungan itu sedang dalam proses pembinaan.

“Insya-Allah, pusat perlindungan untuk kucing-kucing ini mungkin adalah yang terbesar di Malaysia,” katanya.

Tambahnya lagi, pihak mereka sudah menyediakan para sukarelawan dalam mengagihkan makanan untuk kucing-kucing jalanan.

“Insya-Allah, di sini sekarang sudah ada sukarelawan yang baik hati mengagihkan makanan pada kucing-kucing jalanan terbiar di tepi jalan,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai sangat mengagumi usaha yang dibuat dalam memelihara kebajikan kucing-kucing jalanan yang terbiar.

“Semoga dengan usaha murni ini, kucing-kucing di luar sana mendapat tempat perlindungan, makanan dan perhatian,” kata Opponewpurple.

“Baiknya hati tuan buat semua ni, semoga murah rezeki dan lebih banyak kucing-kucing di luar sana dapat diselamatkan,” ujar Mendrof.

“Minta perbanyakkan lagi rumah-rumah seperti ini untuk kucing-kucing jalanan selepas ini, Alhamdulillah, terbela nasib mereka,” Sweet Vanilla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI