fbpx

Lelaki ditegur di tempat larangan merokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menerusi video yang dikongsikan oleh remaja berkenaan di aplikasi Twitter.

PETALING JAYA – Kecoh apabila seorang lelaki berang apabila ditegur seorang remaja lelaki berkenaan larangan merokok di kedai makan mamak baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, bckupacc99, dia didatangi lelaki berkenaan dan dimarahi selepas menegur perbuatannya itu.

Tambahnya, punca pergaduhan itu terjadi kerana dia telah menegur lelaki tua itu untuk tidak merokok di kedai makan berkenaan.

Lelaki berkenaan juga turut menunding jari ke arah muka remaja berkenaan, selain turut mempersoalkan tindakan menegurnya.

“Awak ni pegawai apa? Pekerja kat kedai ni pun tak berani nak tegur saya lah,” ujar lelaki berbaju hijau berkenaan.

Pergaduhan itu turut dileraikan seorang lagi individu bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku.

Kementerian Kesihatan (KKM) turut mengambil maklum akan kejadian berkenaan yang tular di aplikasi Twitter.

Menerusi satu ciapan yang dibuat oleh pihak (KKM), mereka mengambil maklum dan berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh remaja terbabit.

Video tersebut menjadi tular di aplikasi Twitter sehingga mendapat tontonan sebanyak 2.3 juta, 5,804 ulang ciap dan 9,214 tanda suka. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI