fbpx

Kanak-kanak, golongan berisiko dinasihat elak aktiviti luar jika tiada keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha Mustafa (tiga dari kiri) turun padang bagi meninjau keadaan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, Perlis menerusi sesi lawatannya ke negeri ini.

KANGAR – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti luar rumah sekiranya tiada sebarang keperluan bagi menggelakkan daripada serangan strok haba.

Berikutan itu, kanak-kanak dan golongan dewasa yang berisiko dengan serangan strok haba juga disaran agar dapat menjaga kesihatan mereka dengan sebaiknya sepanjang musim cuaca panas ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, buat masa ini, kes membabitkan serangan strok haba di seluruh negara masih terkawal dan kementerian sentiasa memantau perkembangannya setiap hari.

“Memang kita ada dengar kes ‘heat stroke’ beberapa hari lepas yang melibatkan kanak-kanak 11 tahun dan 19 bulan.

“Tapi setakat ini ia masih terkawal dan kita hanya nasihatkan orang ramai untuk elak keluar rumah sekiranya tiada keperluan,” katanya selepas mengadakan lawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini, semalam.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI