fbpx

Banglo hampir musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah rumah nyaris musnah dalam kejadian kebakaran yang bermula di salah satu bilik tidur rumah tiga tingkat di Taman Sri Kluang, di sini petang tadi. - Foto IHSAN BOMBA

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Sebuah rumah banglo hampir musnah dalam kejadian kebakaran yang bermula di salah satu bilik tidur rumah tiga tingkat di Taman Sri Kluang di sini petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, kebakaran itu menyebabkan hampir 40 peratus daripada rumah itu dijilat api dan tidak membabitkan mangsa.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Johor menerima panggilan kecemasan kebakaran rumah melalui talian MERS999 pada pukul 3.03 petang beralamat di Jalan 3/16, Taman Sri Kluang, Kluang, Johor.

“Satu jentera FRT, satu jentera LFRT dan satu jentera EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang dengan kekuatan seramai empat belas 14 orang anggota telah dihantar ke tempat kejadian.

“Komander Operasi diketuai oleh Penolong Kanan Penguasa Bomba Akob Sidek. Menurut komander operasi, Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah tiga tingkat jenis kekal berkeluasan 38 x 50 kaki persegi,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kebakaran bermula di sebuah bilik di tingkat dua rumah tersebut.

“Tindakan operasi pemadaman menggunakan dua aliran 300 kaki tiga nozel sumber air dari tangki pam jentera.

“Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih di dalam siasatan. Operasi ditamatkan pada 4.49 petang.” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI