fbpx

Wanita warga emas melecur 90 peratus rumah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah rumah yang musnah akibat kebakaran di Taman Pelangi Indah, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita warga emas melecur hampir 90 peratus kejadian dalam kebakaran di sebuah rumah di Jalan Ayu 26, Taman Pelangi Indah, di sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Kanan Pengguasa Bomba Saifulbahri Safar berkata, turut mengalami kecederaan dalam kejadian tersebut adalah seorang wanita berusia 36 tahun pula melecur pada tapak tangan dan dagu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 3.11 petang membabitkan sebuah rumah dua tingkat jenis kekal.

“Kebakaran berlaku di tingkat atas dalam bilik berkeluasan 1.11 x 0.9 meter. Kebakaran mengakibatkan kemusnahan 30 peratus rumah dan isi rumah.

“Terdapat dua orang mangsa mengalami kecederaan iaitu wanita warga emas berusia 60 tahun melecur 90 peratus dan seorang wanita dewasa pada tapak tangan dan dagu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini menggunakan EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI