fbpx

EPL: Manchester United ‘berpeluh’ benam Aston Villa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bruno Fernandes muncul wira Manchester United apabila meledak gol tunggal perlawanan sebentar tadi.

MANCHESTER – Kelab Manchester United kembali berada di landasan kemenangan selepas menewaskan Aston Villa 1-0 pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Old Trafford sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Red Devils kendalian Erik Ten Hag membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan masih lagi diketuai oleh Marcus Rashford, Bruno Fernandes dan Jadon Sancho.

Pasukan pelawat bimbingan Unai Emery terlebih dahulu menguji kubu United dengan percubaan pemain pertahanan, Alex Moreno berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, David De Gea pada minit ke-19.

Tersentak dengan jaringan tersebut, United memperkemaskan jentera serangan dan meraih percubaan terbaik hasil percubaan Casemiro yang menerima hantaran Sancho tetapi rembatannya sekadar menggegarkan palang gol pada minit ke-28.

Namun, United tidak mengalah dan akhirnya meraih jaringan pertama menerusi ledakan kapten, Fernandes yang bijak menghidu peluang selepas penjaga gol Villa, Emiliano Martinez gagal menepis rembatan Rashford dengan kemas pada minit ke-39.

Bersambung pada babak kedua, Emery melakukan rombakan dengan memasukkan pemain seperti Bertrand Traore dan Lucas Digne dalam usaha memburu gol penyamaan.

Peluang terbaik hadir pada minit ke-81 tetapi percubaan yang dilakukan oleh Douglas Luiz pada minit ke-81 diselamatkan oleh pemain pertahanan, Victor Lindelof di atas garisan gol selepas De Gea sudah pun tertewas.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan United kekal di kedudukan keempat selepas mengutip 63 mata manakala Villa kekal dengan 54 mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI