fbpx

Derma Naail cecah RM6.9 juta, perlahan sejak sambutan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kutipan terkini derma bantuan Naail yang dikongsi di laman Instagram Misi Rakyat.

PETALING JAYA – Kutipan bagi membantu kanak-kanak yang menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrophy (SMA) Type 1, Wan Muhammad Naail atau Naail kini telah mencecah RM6,932,801 sehingga semalam.

Jumlah tersebut dipaparkan di laman Instagram Misi Rakyat yang kini aktif membantu adik Naail mengumpul derma untuk mendapatkan rawatan menggunakan ubat jenis Zolgensma (gene theraphy) yang mencecah RM9 juta.

Bagaimanapun kata Misi Rakyat, kutipan sedikit perlahan ketika ini sebab tidak ramai yang berkongsi sejak sambutan perayaan Aidilfitri.

“Sikit lagi nak cukup, tapi kutipan semakin perlahan, tidak ramai yang share sejak hari raya.

“Misi perlukan sokongan influencer untuk sebarkan pada semua. Kita boleh bantu baby Naail sama-sama,” katanya.

Terdahulu, sebelum ini Kosmo! melaporkan
pelakon terkenal, Fattah Amin telah berkongsi tentang masalah kesihatan anak saudaranya, Naail yang menghidap penyakit jarang jumpa, (SMA) Type 1.

Difahamkan, kos rawatan bagi penyakit tersebut mencecah RM9 juta dan gambar yang dikongsikan Fattah menerusi Instagram adiknya, Raihan Amin, jelas dilihat Naail sentiasa memerlukan alat bantuan pernafasan untuk terus bernyawa.

Berdasarkan maklumat yang diberi Raihan, penyakit tersebut menyebabkan otot-otot Naail semakin hari semakin lemah termasuk otot paru-paru menyebabkan Naail terpaksa bergantung pada mesin bantuan pernafasan.

Jelas Raihan, keupayaan untuk menelan air liur pun semakin merosot.

“Untuk hentikan, Naail perlu segera dapatkan ubat yang paling efektif setakat ini iaitu Zolgensma (gene theraphy) yang harganya mencecah RM9 juta,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pemilik Founder Misi yang terkenal dengan kutipan awam bagi menjayakan misi bantuan tertentu dan bertindak membuka tabung untuk Naail sebagai inisiatif. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI