fbpx

Semua bukti akan saya dedahkan di mahkamah nanti – Ah Moi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
View Cin (kiri) dan Ah Moi

PETALING JAYA – Bekas isteri View Chin, Shermine Ah Moi akan mendedahkan semua bukti berkaitan konflik rumah tangga mereka di mahkamah kelak.

Menerusi satu hantaran terbaharu di laman Facebooknya, dia yang lebih mesra dipanggil Ah Moi berkata, tindakan itu di buat atas nasihat peguamnya.

“Netizen tanya saya dah tak ada bukti nak dedah ke? Ya, semua bukti tu akan saya tunjuk kat court (mahkamah) nanti, so lawyer (peguam) cakap jangan post (muat naik) lagi di media sosial.

“Yang netizen sebelah VC (View Chin) tu yang cakap kita dah cerai suruh saya ‘move on’ jangan kacau dia dua orang lagi. Korang lebih baik jelaskan, siapa yang kacau i dan anak2 dulu?! Biadap betul,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Ah Moi memaklumkan penceraiannya dengan View Chin tidak sah dan dia akan mengambil tindakan undang-undang kepada bekas suaminya itu.

“Berkaitan isu cerai, lebih baik kamu berhati-hati dengan sebarang kenyataan yang dikeluarkan. Saya akan mengambil tindakan untuk selesaikan isu ini.

“Diam bukan bermaksud saya lemah. Kepada netizen yang cakap ini ‘marketing’ (lakonan), staf cium bos dia kira marketing ke? Saya tidak akan buat marketing dengan cara ni ok!,” tegasnya.

Ah Moi memberitahu bahawa dia dan View Chin kini tengah mengasingkan syarikat termasuk juga kakitangan.

“Syarat-syarat tengah bincang lagi, netizen tak perlu fikir bukan-bukan, bagi saya selesaikan dahulu dan akan buat kenyataan tidak lama lagi.

Pada masa sama dia memaklumkan bahawa, walaupun mereka telah berpisah tetapi View Chin tetap ayah kepada anak-anaknya dan sebab itu dia memberi peluang kepada lelaki itu untuk bertemu mereka.

“Apa masalah yang berlaku biar kita sendiri selesaikan, anak-anak tidak tahu apa yang tengah berlaku. Bagi ruang kepada anak-anak saya, sebab mereka akan masuk sekolah dan jangan ambil gambar kami tanpa kebenaran.

“Hati yang disakiti tak boleh buat apa, ‘move on’ bukan senang, tetapi saya kena fokus kerja untuk lupakan semua. Saya juga telah serahkan semuanya kepada peguam, bagi saya selesaikan hidup saya dahulu,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI