fbpx

14 individu leka berhibur dikompaun langgar SOP PKPB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 14 individu yang sedang leka berhibur sambil meminum minuman keras dikompaun ekoran didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kelab malam mewah terletak di Asia City malam tadi. - Foto IHSAN IPD KOTA KINABALU

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seramai 14 individu sedang leka berhibur sambil meminum minuman keras dikompaun ekoran didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sebuah kelab malam mewah terletak di Asia City malam tadi.

Dalam operasi sekitar pukul 11.30 malam itu, semua individu yang ditahan terdiri dari 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 sehingga 56 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi dilaksanakan pasukan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah dan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu yang menjalankan pemantauan Op Covid-19.

“Ketika serbuan, pihaknya mendapati premis berkenaan sedang beroperasi dengan terdapat sekumpulan individu sedang berhibur di dalam kelab malam terbabit.

“Pemeriksaan mendapati mereka didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) PKPB.

“Semua individu berkenaan dikenakan kompaun berikutan melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 8), Peraturan 10 dan boleh dihukum mengikut Peraturan 11 dan dikenakan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Habibi berkata, tahap pematuhan masyarakat ke atas SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah penentu kejayaan PKPB.

Menurut beliau, mana-mana individu yang melakukan kesalahan mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, bagi kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan kedua, pesalah boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.

“Manakala kesalahan yang berterusan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM200 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu dilakukan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI