fbpx

Seorang lagi lelaki diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh NUR SHARIEZA ISMAIL

SEPANG – Polis berjaya memberkas seorang lagi lelaki dipercayai suspek kes pembunuhan mangsa yang mayatnya ditemui rentung di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier di Kota Warisan pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, lelaki berusia 24 tahun yang bekerja sebagai buruh binaan itu diberkas di Batu Caves, Selangor semalam.

“Suspek yang ditahan merupakan rakan mangsa dan direman selama tujuh hari hingga 6 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan dua lelaki berusia 37 dan 42 tahun yang bekerja sebagai kontraktor telah ditangkap polis secara berasingan sekitar Lembah Klang.

Seorang daripada suspek yang berusia 42 tahun diberkas ketika menerima rawatan di Hospital Kuala  Lumpur kerana kecederaan akibat melecur.

Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun pula ditangkap di rumahnya di Klang, Selangor.

Tangkapan ke atas dua suspek itu dibuat selepas polis pergi ke rumah pemilik  SUV tersebut di  Subang Jaya.

Menurut sumber, punca kematian mangsa akibat serangan bukannya kebakaran.

“Suspek dipercayai sengaja membakar mangsa bagi melupuskan bukti selepas membunuh lelaki itu,” katanya.

Mangsa yang telah berkahwin dipercayai dibunuh di lokasi lain sebelum mayatnya dibakar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI