KETIKA teruji dengan masalah komunikasi akibat dimentia, pelakon legenda Hollywood, Bruce Willis berkongsi gembira apabila bergelar seorang datuk selepas anak perempuannya, Rumer Willis selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 18 April lalu.
Menerusi Instagramnya, pelakon filem Die Hard itu berkongsi gambar cucunya yang diberi nama Louetta Isley Thomas Willis.
“Louetta Isley Thomas Willis, kamu adalah keajaiban. Lahir di rumah. Kehadiranmu lebih daripada apa yang kami impikan,” tulisnya.
Perkongsian itu turut mendapat perhatian kenalan artis yang turut meninggalkan ucapan tahniah atas kelahiran bayi comel itu.
“Kamu sangat comel. Saya sangat menyayangi kamu,” ujar pelakon Hilary Duff.
“Kurniaan yang sungguh indah. Kamu sangat comel sayang,” kata aktres Melanie Griffith.