fbpx

Sarjan polis cedera parah dirempuh lelaki bergaduh dengan ibu mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai membantu Marina yang cedera parah dilanggar seorang lelaki di Jalan Dato' Chukai, Kemaman hari ini

KEMAMAN – Seorang anggota polis wanita berpangkat Sarjan cedera parah dirempuh sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki yang sedang mengejar kenderaan ibu mentuanya di Jalan Dato’ Chukai di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 11.30 pagi itu, Sarjan Marina Ahmad, 36, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini cedera parah pada bahagian bahu kanan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, lelaki berusia 51 tahun yang memandu kereta Proton Saga tersebut dikatakan bertengkar dengan ibu mentuanya dipercayai disebabkan perebutan harta.

“Suspek yang merupakan buruh kelapa sawit dikatakan berang lalu bertindak mengetuk kereta Perodua Axia ibu mentuanya dengan kayu.

“Ibu mentuanya berumur 69 tahun yang ketakutan kemudiannya telah melarikan diri memandu kereta Perodua Axia terbabit ke IPD Kemaman berhampiran bagi menyelamatkan diri,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, sewaktu suspek sedang mengejar dan hampir memintas kereta ibu mentua, kenderaan dipandu secara berbahaya itu tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh motosikal dinaiki Marina.

Beliau berkata, impak rempuhan itu menyebabkan anggota polis yang menunggang motosikal Yahama LC terbabit terjatuh ke atas jalan raya.

“Suspek tidak menghentikan kenderaannya sebaliknya memecut laju untuk melarikan diri sebelum kereta Proton Saganya rosak sewaktu tiba di Ibok di sini dan ditahan polis pada pukul 2.15 petang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI