fbpx

MotoGP: Bastianini belum sedia aksi di Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI masih belum cergas sepenuhnya untuk aksi di Jerez ekoran kecederaan bahu yang dialaminya sebelum ini. – AFP

JEREZ – Pelumba pasukan Ducati, Enea Bastianini menjangkakan hanya kembali tampil kompetitif pada Grand Prix (GP) Itali bulan depan selepas mengambil keputusan untuk menarik diri pada saingan GP Sepanyol di Litar Antarabangsa Jerez semalam.

Sebagai rekod, Bastianini dianggap sebagai salah seorang pelumba berbakat yang mampu mencabar kejuaraan dunia apabila dinaikkan pangkat menyertai pasukan utama Ducati selepas cemerlang bersama Gresini Racing musim lepas.

Namun, Bastianini mengharungi permulaan musim yang hambar susulan kecederaan bahu yang serius yang dialami pada GP Portugal sekali gus menyaksikan terpaksa disisihkan pada GP Argentina dan GP Amerika Syarikat (AS).

Ketika dijangka bakal pulih sepenuhnya pada GP Sepanyol, Bastianini sekali lagi berdepan tamparan hebat apabila menarik diri selepas melakukan sesi ujian bebas kerana masih belum cergas sepenuhnya.

“Saya jangka hanya dapat kembali mempamerkan prestasi sebenar pada GP Itali di Litar Mugello pada bulan depan. Saya harap pada perlumbaan itu, saya boleh bergelar juara dan mula mengutipkan mata berharga untuk merebut gelaran dunia,” katanya.

Sementara itu, prinsipal Ducati, Davide Tardozzi me­ngakui pihaknya tidak boleh mengambil risiko dengan membiarkan pelumba berusia 26 tahun itu berlumba dalam kesakitan di Litar Jerez.

“Keputusan untuk membenarkan Bastianini menarik diri pada saat akhir terpaksa dibuat kerana dia mengadu masih lagi mengalami kesakitan di bahagian bahunya. Kami tidak mahu mengambil risiko dan lebih baik dia melanjutkan proses pemulihan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI