fbpx

Sukan SEA 2023: Perkampungan atlet belum siap sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNAH bergambar bersama barisan atlet negara pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2023 di Kemboja. FOTO oleh AMIR KHALID/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Persiapan kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2023 di Kemboja sedikit terjejas apabila penganjur tuan rumah mengesahkan perkampungan atlet masih belum siap sepenuhnya.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, perkara tersebut dimaklumkan selepas meneliti hasil laporan yang diterima daripada sekretariat Malaysia yang sudah berada di sana lebih awal bagi melihat persiapan tuan rumah menjelang temasya berkenaan.

“Perkara berbangkit yang dimaklumkan adalah isu penempatan atlet ekoran perkampungan sukan yang masih belum siap sepenuhnya dan pihak baru sahaja dimaklumkan berkenaan perkara ini.

“Susulan itu, ada sebahagian atlet terpaksa berpindah ke hotel di kawasan Phnom Penh yang mungkin memberikan sedikit masalah terutama daripada sudut logistik dan sumber makanan halal buat barisan atlet negara.

“Kesesakan lalu lintas yang sesak dari pusat penginapan ke venue pertandingan juga menjadi antara isu awal yang perlu diberikan perhatian,” katanya pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Malaysia ke Sukan Sea Kemboja di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Terdahulu, kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2023 turut meletakkan sasaran 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada temasya dwitahunan berprestij itu kali ini.

Kontinjen Malaysia kali ini disertai 928 orang, terdiri daripada 677 atlet dan 251 pegawai. Daripada jumlah 677 atlet, 402 adalah atlet lelaki manakala 275 orang adalah wanita. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI