fbpx

1,000 kes pulih, 659 kes positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI A’ISYAH SUKAIMI

PUTRAJAYA – Kes sembuh daripada Covid-19 sekali lagi mengatasi kes baharu selepas merekodkan 1,000 kes berbanding 659 kes positif.

Ini menjadikan jumlah kes pulih paling tinggi pernah direkodkan sejak permulaan pandemik di negara ini.

Angka itu menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 21,248 atau 67.3 peratus daripada keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif mencecah 31,548 termasuk kes-kes daripada kluster sedia ada.

“Daripada jumlah itu, 658 adalah kes penularan tempatan manakala satu kes import,” katanya.

Noor Hisham berkata, tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kekal 249. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI