PETALING JAYA – Gelagat seorang anak selebriti tanah air yang tersangkut pada jaring tiang gol kecil mencuit hati orang ramai.
Pelakon, pelawak dan penyanyi, Achey terkejut melihat rambut anak perempuannya yang berusia lima tahun tersangkut pada jaring tiang gol itu selepas bermain bola.
Menerusi klip video perkongsian Achey di akaun TikTok miliknya memaparkan, kanak-kanak itu berjalan masuk ke pekarangan rumah sambil rambutnya menyeret tiang gol disambut gelak ketawa daripada ahli keluarga.
“Ayah separuh pitam. Anak, anak,” kata Achey menerusi ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen geli hati melihat kerenah anak Achey yang disifatkan mempunyai bakat lawak sama seperti bapanya.
“Ingatkan ayah saja kelakar, rupanya anak pun kelakar,” kata Ain Adrina.
“Ini baru betul mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Bapak punya kelakar turun ke anak,” ujar Sunshiene.
Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 3,000,000 tontonan, dan lebih 400,000 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
@achey_kintangkintungAyah separuh pitam🥵… anakkk anakkkk