fbpx

Lelaki Orang Asli maut digilis kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat seorang lelaki Orang Asli selepas motosikal ditunggangi terlibat kemalangan di Kilometer 425.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi

HULU SELANGOR – Seorang lelaki Orang Asli maut selepas motosikal ditunggangi terlibat kemalangan sebelum digilis sebuah kereta di Kilometer 425.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.55 pagi itu, mangsa yang berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, kemalangan itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yahama Y15ZR dengan dua kereta iaitu Toyota Avanza dan Perodua Bezza.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa dalam perjalanan dari Tapah ke Klang melanggar bahagian belakang Toyota Avanza dan terjatuh.

“Akibat pelanggaran itu, sebuah Perodua Bezza kemudian melanggar motosikal mangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kata Ahmad Faizal, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat tentang kemalangan boleh tampil membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI