fbpx

Penunggang motosikal maut dilanggar kenderaan masuk simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penunggang motosikal maut apabila dilanggar kenderaan yang maut persimpangan secara tiba-tiba di kilometer sembilan, Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir petang tadi. - Gambar IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan yang masuk persimpangan secara tiba-tiba di kilometer sembilan, Jalan Kuala Pilah – Batu Kikir, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, mangsa, Mohd Razif Idris, 37, disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd. Ghani berkata, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun dari arah Taman Jemapoh Indah menghala ke Taman Jemapoh Lama.

“Manakala motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang oleh seorang lelaki berusia 37 tahun dari arah Felda Raja Alias menghala ke Melang.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa motosikal sedang bergerak terus, tiba-tiba kereta telah masuk ke simpang kanan arah ke Taman Jemapoh Lama secara mengejut dan berlaku perlanggaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Amran, akibat perlanggaran tersebut, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan, manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Penangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI