fbpx

Saksi jiran terperosok bawah Proton Saga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai perubatan memeriksa keadaan mangsa selepas dilanggar kereta dipandu suaminya di Taman Selasih, Kulim kelmarin.

KULIM – Seorang wanita menemui ajal selepas dilanggar kereta yang dipandu suaminya dalam kejadian di Taman Selasih, di sini kelmarin.

Kejadian pukul 7 malam itu menyebabkan mangsa, G. Maliga, 59, mengalami kecederaan dalaman dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, mang­sa turun dari kereta Proton Saga selepas tertinggal barang di dalam rumah.

“Suami si mati berusia dalam lingkungan 60-an yang sedang mengundur kenderaan tertekan pedal minyak lalu terlanggar mangsa yang berada di sebelah kiri,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Menurut Mohd. Redzuan, selain terlanggar isterinya, lelaki tersebut turut merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di hadapan rumahnya.

Sementara itu, jiran ­mang­sa, Norazian Zainol Abidin, 39, berkata, dia terkejut melihat mangsa terperosok di bawah kereta selepas keluar untuk melihat kekecohan yang berlaku di luar rumahnya.

Pada mulanya, dia cuba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit bawah Proton Saga.

“Saya baru pulang dari kerja pukul 5.30 petang. Ketika itu hujan lebat, jadi tak dengar bunyi dentuman. Semasa berada di bilik, anak beritahu ada orang kena langgar di hadapan rumah.Saya keluar dan dengar jiran menjerit meminta tolong. Ada orang di bawah kereta,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Norazian, mangsa berada di bawah kereta de­ngan tayar bahagian penumpang hadapan berada atas dadanya manakala pintu kereta terbuka.

Ujarnya, dia bersama bebe­rapa jiran wanita cuba menarik keluar mangsa, namun gagal ke­rana terlalu berat.“Beberapa jiran lelaki datang membantu mengangkat kereta itu dan mangsa dapat dibawa keluar. Ketika itu, dia sudah tidak sedarkan diri. Jiran kemudiannya menghubungi ambulans dan polis,” katanya.

Norazian berkata, suami mang­sa masih terkejut dengan kejadian itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI