fbpx

Lelaki baik, pemurah, wangi automatik jadi handsome

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIQAH bercita-cita mahu menjadi guru kerana mahu mengikut jejak langkah ibu.

BERPEWATAKAN manis, lembut dan persis pelakon cantik Mira Filzah, gadis Pesona Ahad minggu ini, Wan Atiqah Ridhwana bercita-cita mahu menjadi pendidik seperti ibunya suatu hari nanti.

Mesra disapa Tiqah, anak kelahiran Ipoh, Perak ini baru tamat pengajian dalam bidang Sains dan Pengurusan Perkhidmatan Makanan di Universiti Putra Malaysia, Serdang dan berhasrat mahu menyambung pengajiannya dalam bidang perguruan.

Gadis berusia 24 tahun itu turut merancang menjadi guru sandaran bagi mencari pengalaman.

Tiqah akan memohon untuk melanjut pengajian dalam Diploma Perguruan Lepasan Ijazah. Pengalaman sebagai ‘content creator’, Tiqah yakin ia mampu menjadikan dia seorang individu yang matang dan bertanggungjawab.

Kepada Kos­mo! Ahad, gadis itu berkongsi cerita mengenai dirinya.

KOSMO! AHAD: Ceritakan tentang diri Tiqah.
Tiqah: Saya merupakan anak sulung daripada tiga beradik, gemar melawat ke kafe-kafe menarik dan bercita-cita mahu menjadi guru seperti ibu. Saya gemar menghabiskan masa di pantai dan takut rama-rama serta ulat. Tiqah suka membaca manhwa dan ma­nga, bila dah baca susah hendak berhenti.

TIQAH kini menjadi pencipta kandungan secara sepenuh masa selepas tamat belajar.

Pengalaman bergelar pencipta kandu­ngan?
Saya berjinak dengan Instagram pada 2020. Tidak pernah terdetik untuk bergelar ‘content creator’ dan model, cuma rezeki menyebelahi apabila saya menang program ‘give away’ pakaian di Instagram. Dari situlah saya mula menerima tawaran untuk ulasan produk daripada jenama-jenama lain.

Bagaimana bahagi masa antara belajar dan media sosial?
Saya buat kandungan pada hujung minggu, sekarang saya lakukannya secara sepenuh masa.

Kenapa pilih jadi guru bukannya pencipta kandungan?
Tiqah anggap ‘content creator’ sebagai hobi. Bagi saya, kerjaya guru begitu hebat kerana tanggungjawab sekarang lebih mencabar dan besar bukan ha­nya setakat mengajar di dalam kelas.

Boleh kongsi tips kecantikan?
Tiada rahsia, cuma cuci solekan dengan sempurna. Minum air kosong walaupun makan di kedai mamak.

Ciri-ciri lelaki idaman?
Baik, pemurah dan mestilah wangi! Kalau hendak kata tak pandang rupa, macam menipu pula. Yang penting, mesti ada tiga ciri-ciri di atas, secara automatik mereka jadi kacak.

Pengalaman raya yang tidak boleh dilupakan?
Raya mengejut pada tahun lepas, satu keluarga kelam-kabut malam kemas rumah dan hias apa yang patut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI