fbpx

Baju Melayu nampak perut Fahad Iman dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAYA baju Melayu ‘terlajak’ moden Fahad Iman yang dikecam ramai.

SAKIT pula mata Diva tengok baju Melayu yang digayakan oleh pelakon Fahad Iman ketika menyambut lebaran minggu lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam TikTok miliknya, pelakon berusia 30 tahun itu dilihat menggayakan baju Melayu berwarna hitam rekaan pereka fesyen yang sememangnya dikenali kerana keunikan ideanya.

Rasanya kalau Diva tak sebutkan nama pereka fesyen itu, semua orang dah kenal memandangkan sudah banyak rekaan pelinya diperkatakan ramai.

Namun apa yang menyakitkan mata, baju Melayu itu direka dengan potongan ‘crop top’ atau bahasa nak bagi orang kampung faham baju yang singkat sehingga menampakkan bahagian perut.

Tahulah musim panas, tambah panas pula tengok baju tradisional kebangaan bangsa dicemarkan dengan kreativiti mengarut sedemikian rupa. Tak sensitif dengan budaya Melayu pun ada juga.

Gara-gara menggayakan rekaan baju Melayu dengan potongan aneh itu, ramai juga netizen yang mengecam tindakan Fahad.

Bagaimanapun, ibarat mencurah air ke daun keladi, Fahad nampaknya sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya, malah berasa bangga apabila memberitahu keluarganya sendiri tidak berkata apa-apa tentang baju tersebut.

Kata Fahad, netizen yang lebih-lebih kecoh, sedangkan keluarganya sendiri tidak bersifat toksik. Suka hati kaulah Fahad. Diva sendiri pun tak setuju kalau baju Melayu diubah gayanya sehingga hilang identiti.

Kalau kita sendiri orang Melayu tidak menghargai warisan budaya sendiri, jangan haraplah bangsa lain nak hormat identiti kita. Tepuk dada tanya selera.

DIVA: Lepas raya ramai yang jatuh sakit sampai batuk-batuk dan demam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI