fbpx

EPL: Posisi bek tengah Manchester United bermasalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAW mungkin sekali lagi akan diturunkan sebagai pemain bek tengah berdepan Villa apabila United sudah tidak mempunyai pilihan lain. – AFP

MANCHESTER – Situasi di bahagian pertahanan tengah Manchester United nampaknya menghadirkan resah buat pe­ngendalinya, Erik Ten Hag ekoran isu kecederaan yang melanda beberapa pemain tonggak di posisi berkenaan.

Victor Lidelof terpaksa digandingkan bersama Luke Shaw ketika mereka terikat 2-2 menentang Tottenham Hotspur sebelum ini apabila kapten mereka, Harry Maguire terpaksa disisihkan apabila mengalami kecede­raan semasa sesi latihan.

Selain itu, mereka juga turut berdepan isu kecederaan dua tonggak, Raphael Varane dan Lisandro Martinez menyebabkan Shaw yang di bahagian kiri terpaksa menjadi pemain bek tengah selepas mereka tidak ada lagi pilihan lain.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyenaraikan Lindelof dan Shaw sekali lagi pada posisi berkenaan bertemu Villa, Ten Hag mengakui masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut.

“Kami perlu melihat satu demi satu perlawanan dan sekarang fokus adalah untuk aksi bertemu Villa serta mencari solusi terbaik.

“Namun, kami tidak mempu­nyai banyak pilihan untuk pemain di posisi berkenaan. Luke dilihat bermain dengan baik di posisi tengah biarpun dia adalah pemain pertahanan kiri,” katanya.

Gandingan Shaw dan Lindelof berjaya membantu United mara ke final Piala FA selain turut menyempurnakan tugas mengambil sepakan penalti, namun mereka dilihat bergelut terutama pada babak kedua ketika bertemu Spurs.

Mengulas mengenai aksi bertemu Spurs, Ten Hag mengakui berdepan kesukaran untuk mengekang Spurs pada babak kedua yang menukar corak permainan, namun enggan mele­takkan kegagalan mempertahankan kelebihan dua gol awal itu di­sebabkan dua pemain pertahanan tengahnya itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI