fbpx

Azeem bakal diuji dua bintang pecut Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZEEM (tengah) akan turun menghadapi saingan East Coast Relays di Jacksonville awal pagi ini. - AUBURN

PETALING JAYA – Bintang pecut olahraga negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi kini mempunyai peluang terbaik untuk merakam catatan terbaik bagi menghampiri rekod 100 meter (m) kebangsaan miliknya iaitu 10.09 saat (s).

Ia selepas Azeem yang mewakili Universiti Auburn, dijadualkan turun menghadapi perlumbaan 100m keduanya di bumi Amerika Syarikat iaitu East Coast Relays di Jacksonville, Florida awal pagi ini.

Berdasarkan senarai peserta, Azeem bakal berentap dalam saringan sama dengan atlet-atlet yang memiliki catatan masa menarik terutama dua bintang pecut Asia iaitu Abdul Hakim Sani Brown (Jepun) dan Xie Zhenye (China).

Kedua-dua pelari itu sudah berjaya merekodkan catatan masa bawah 10s apabila masing-masing mempunyai rekod 100m terbaik iaitu 9.97s.

Selain itu, enam lagi atlet bakal dihadapi Azeem ialah Cejhae Greene dengan masa 100m terbaik adalah 10s, Michael Campbell (10.07s), Eric Harrison (10.08s), Tajay Gayle (10.13s), Kristopher Brown (10.36s) dan Jermaine Dyges (10.36s).

Situasi itu dilihat mampu membantu untuk ‘menolak’ Azeem berlari dengan lebih pantas dan tidak mustahil memecahkan rekod kebangsaan miliknya dengan catatan masa bawah 10s.

Sekiranya berjaya, ia pastinya menjadi hadiah hari lahir terbaik buat atlet dari Teluk Intan, Perak itu yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 hari ini.

Sebagai rekod, perlumbaan 100m pertama Azeem tahun ini berakhir dengan catatan masa 10.32s ketika menjuarai saingan FSU Relays di Tallahassee, Florida pada 24 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI