fbpx

Liga Super: Tok Gajah pamer karakter pencabar liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SRI PAHANG mencatat kemenangan ke atas TFC, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan setakat ini.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Sri Pahang FC, Fandi Ahmad, menyifatkan kemenangan 2-1 ke atas Terengganu FC (TFC) kelmarin sebagai persembahan terbaik skuad kendaliannya musim ini.

Bintang legenda Singapura itu berkata, skuad Tok Gajah telah memperagakan corak permainan agresif, berdisiplin dan semangat berpasukan luar biasa sepanjang aksi 90 minit.

Turun tanpa Lucas Silva memaksa beliau meletakkan pemain tengah, Sergio Aguero dan Baqiuddin Samsudin bagi membantu Kpah Sherman untuk memperkuatkan serangan.

“Sebelum ini kami tidak konsis­ten, tetapi (kelmarin) saya bangga­ dengan usaha anak buah saya.

“Pemain saya juga mengikuti arahan taktikal dengan baik apabila sering memberi tekanan serta­ mematahkan serangan pihak lawan sehingga banyak hantaran mereka yang tidak menjadi,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Dalam perlawanan itu, Sri Pahang terlebih dahulu di depan melalui Sherman (m-31) disusuli gol penyamaan Ivan Mamut minit ke-39 sebelum Nor Azam Azih meledak dari jarak jauh pada minit ke-68.

Fandi berkata, beliau bagai­manapun agak sedikit kesal ke­rana sepatutnya skuad Tok Gajah sudah mendahului dua atau tiga gol selepas 15 minit pertama.

Ketika waktu rehat, beliau te­lah menggesa anak-anak buah­nya agar tidak berputus asa dan akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan keputusan 1-1 itu.

“Percaturan untuk bertukar kepada formasi 5-3-2 juga berjaya menutup ruang di bahagian te­ngah daripada dikawal TFC yang kemudian melancarkan gerakan di sebelah tepi.

“Perubahan itu dibuat selepas saya melihat kubu kami diasak bertali arus oleh pasukan lawan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI