fbpx

EPL: Guardiola anggap belum ada jaminan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berpeluang untuk merampas takhta liga buat kali pertama musim ini jika berjaya menewaskan Fulham malam ini. – AFP

LONDON – Kekurangan dua mata selain masih kurang dua perlawanan berbanding pendahulu Liga Perdana Inggeris, Arsenal belum menjadi jaminan buat Manchester City untuk mula selesa mengenai kemampuan mereka menjulang kejuaraan musim ini.

Pengurus City, Pep Guardiola merasakan Arsenal tidak akan cepat berputus asa dan bertegas masih banyak kerja yang perlu dilakukan pasukannya bermula pada pertemuan dengan Fulham, malam ini.

Jika mampu mengatasi Fulham, City berpeluang untuk naik ke puncak Liga Perdana Inggeris dan secara psikologinya Guardiola merasakan ia bagus buat anak buahnya untuk memastikan mampu berada pada tahap terbaik dalam baki musim ini.

“Orang berkata Arsenal sudah merasakan bahawa persaingan ini berakhir, tetapi tidak bagi saya. Setiap perlawanan, pasukan lawan kami akan bermain untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa.

“Untuk beberapa perlawanan lalu, sudah pasti kami begitu gembira. Jika kami mampu lakukan tugas kami, sudah pasti kami akan merapatkan jurang dan setakat ini, belum ada sebarang jaminan lagi,” katanya.

Jika City mampu merampas kedudukan pendahulu, nasib Arsenal hanya akan ditentukan pada perlawanan dengan Chelsea dan perlawanan itu hanya akan dilakukan awal pagi Rabu nanti.

“Saya cukup mengenali Mikel Arteta, pemain saya juga tahu dan sudah pasti mereka tidak akan putus asa. Jika jurang 10 mata, boleh dikatakan persai­ngan sudah berakhir, namun rea­litinya sekarang adalah City dan Arsenal hanya dipisahkan dua mata,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI