fbpx

Hujan lebat hampir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir melanda hampir seluruh negara sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi Facebook berkata, hujan lebat dan ribut perit diramal melanda seluruh Perlis, Selangor, Melaka, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan; Perak di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang serta Muallim.

“Turut mengalami cuaca sama ialah Kelantan di Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Terengganu di Besut, Dungun dan Kemaman , manakala Pahang di Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, di Negeri Sembilan hujan lebat dijangka di Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau, manakala Johor di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Sarawak turut diramalkan menerima hujan lebat di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat).

“Di Sabah pula merangkumi Pedalaman (Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu),” kata kenyataan itu. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI