fbpx

Agong zahir sukacita, syukur 30 rakyat Malaysia selamat tiba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
30 rakyat Malaysia yang tiba dari Sudan di KLIA semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa sukacita dan syukur kerana 30 rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan dari Khartoum, Sudan ketika negara itu dilanda konflik, selamat tiba di tanah air semalam.

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia, khususnya pasukan operasi dari Malaysia dan di Sudan yang diketuai oleh Duta Malaysia ke Sudan, Mohamad Razdan Jamil atas usaha dan kejayaan membawa pulang rakyat dengan segera demi keselamatan mereka.

“Seri Paduka Baginda merakamkan setinggi penghargaan kepada pemimpin dan Kerajaan Arab Saudi dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) atas bantuan yang diberikan dalam operasi berkenaan.

“Seri Paduka Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat dan masjid-masjid yang melakukan solat hajat dan doa selamat bagi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia di Sudan berikutan krisis yang berlaku di negara itu,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, seramai 30 rakyat Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), menerusi penerbangan Saudi Airlines, SV834 kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketibaan mereka disambut Menteri Luar Negeri, Datui Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI