fbpx

Lebuh Raya Utara-Selatan mula sesak menjelang tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan aliran trafik perlahan di Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke arah ibu kota, tengah hari ini.

PETALING JAYA – Pergerakan trafik yang semakin perlahan ekoran peningkatan jumlah kenderaan menyebabkan beberapa kawasan di lebuh raya utama mengalami kesesakan, tengah hari ini.

Menerusi hantaran di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, trafik mula perlahan di beberapa kawasan di Lebuh Raya Utara-Selatan setakat pukul 12.56 tengah hari tadi.

“Trafik perlahan dari arah utara bermula di Plaza tol Sungai Besi ke pusat bandar, Senawang ke Port Dickson, Simpang Ampang ke Pedas Linggi serta Senai ke Hentian Sebelah Kulai.

“Bagi arah selatan pula, trafik perlahan bermula dari Southville ke Nilai, Senawang ke Hentian Sebelah Senawang dan Sedenak ke Kulai,” kata hantaran tersebut, hari ini.

Sementara itu, di Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), trafik perlahan di dua lokasi.

“Lokasi terbabit adalah Tanming Jaya ke The Mines dan Country Heights ke Sungai Ramal setakat pukul 12.37 tengah hari,” katanya.

Dalam pada itu, LLM turut mengesan berlakunya peningkatan trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak, arah Bukit Tinggi.

“Trafik perlahan sebelum Terowong Genting Sempah arah ke Bukit Tinggi setakat pukul 1.10 tengah hari tadi.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI