fbpx

[VIDEO] Jururawat ‘tumpas’ saksi kematian bayi 10 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dua orang jururawat sedang bersedih selepas menyaksikan kematian seorang bayi berumur 10 bulan akibat kemalangan.

PETALING JAYA – Sering disangka berjiwa kental, hakikatnya dua orang jururawat ‘tumpas’, gagal menahan sebak apabila terpaksa berhadapan dengan kematian seorang bayi berumur 10 bulan akibat kemalangan.

Menerusi perkongsian seorang jururawat yang menggunakan nama Kim Tan di TikTok, kelihatan dia bersama teman sejawatnya sedang bersedih di atas kehilangan tersebut.

“Beginilah hati tisu. Kami sebak si ayah bawa jenazah anak umur 10 bulan dah siap kafan untuk si ibu tatap wajah anak buat kali terakhir. Meninggal kemalangan. Semoga mereka kuat dengan ujian dunia ni,” katanya pada kapsyen.

Luahannya itu menjadi perhatian ramai yang berpendapat situasi itu sememangnya sesuatu yang menyedihkan untuk dihadapi walaupun anda bergelar jururawat mahupun doktor.

“Siapa dah jadi mak ayah mesti akan sedih dan terbayang benda yang sama jadi kat kita dan anak-anak kita. Sebab tu boleh nangis,” kata @The.Dressar.

“Siapa kata jururawat, doktor hati kering dan kebal sebab mereka dah terbiasa? Mereka pun manusia biasa kita ja tak nampak air mata mereka,” ujar seorang pengguna.

“Sebab itu saya sangat hormat jururawat. Mereka yang pertama saksikan kematian, kesedihan ahli keluarga, bukan semua orang mampu. Terus kuat,” komen pengguna yang lain.

“Saya dulu pelajar praktikal jururawat, elok-elok borak dengan pakcik tu waktu rehat dia kirim beli teh o, saya naik wad pakcik dah tak ada. Sesak dada nangis kat belakang wad,” kongsi HayatiHamdan. – KOSMO! ONLINE

@myraaaazz_ Replying to @TaMpAn97 ♬ original sound – Kim Tan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI