fbpx

20,000 masyarakat pelbagai kaum hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI beramah mesra dengan orang ramai yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Bera di Dewan Kompleks UMNO Bahagian Bera, Padang Luas hari ini.

BERA – Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendapat sambutan luar biasa apabila kira-kira 20,000 orang menghadiri rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan di Dewan Kompleks UMNO Bahagian Bera, Padang Luas, di sini hari ini.

Masyarakat pelbagai kaum terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Orang Asli mula menghadiri rumah terbuka berkenaan pada pukul 9 pagi bagi menikmati pelbagai juadah.

Ismail Sabri yang juga Bekas Perdana Menteri berkata, sambutan setiap tahun adalah amat baik yang menyaksikan masyarakat pelbagai kaum hadir bagi sama-mana menyambut Hari Raya Aidilfitri sebagai satu keluarga.

“Seperti biasa daripada dulu sejak saya menjadi Ahli Parlimen, sambutan Hari Raya Aidilfitri kita buat setiap tahun dan saya mengucapkan terima kasih kepada warga Bera dan orang luar yang hadir.

“Biasanya di Bera semua kaum datang, Melayu paling ramai kerana 70 peratus penduduk di Bera ini adalah Melayu dan Orang Asli.

“Orang Asli, Cina dan India pun ramai hadir dalam semangat Keluarga Malaysia,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bera di Dewan Kompleks UMNO Bahagian Bera, Padang Luas di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sambutan Hari Terbuka Aidilfitri yang dapat mengeratkan silaturahim itu akan diteruskan setiap tahun dari semasa ke semasa.

Sementara itu seorang penduduk Rodziah Rezali, 49,berkata, dia sememangnya tidak pernah melepaskan peluang menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Bera sejak dahulu lagi.

Katanya, bukan sahaja pelbagai juadah disediakan, sambutan hari raya itu juga menjadi platrform bertemu dengan Ahli Parlimen Bera dan masyarakat pelbagai kaum.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI