fbpx

Ular muncul atas motosikal, ramai kagum pemuda kekal tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsikan Mohamad Hanes di Facebook menunjukkan ular yang muncul ketika sedang menunggang motosikalnya itu.

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal mencetuskan kekaguman ramai apabila kekal tenang walaupun terpaksa berhadapan dengan seekor ular ketika menunggang motosikal.

Mohamad Hanes menerusi Facebook The Solo Rider, turut berkongsi gambar yang menunjukkan seekor ular sedang melingkar dia bahagian cermin sisi kanan motosikalnya.

“Jalan Kuala Lipis, ingatkan terlanggar ranting pokok rupa-rupanya ular. Tak nampak sebab jalan gelap. Nasib baik tak panik, kalau tak memang terjun motosikal,” katanya pada kapsyen.

Rata-rata pengguna teruja dengan tindak balas pemuda tersebut dalam situasi panik sekali gus mengelakkan kemalangan daripada berlaku.

“Respect (hormat) sama bro, boleh lagi berhenti turun motosikal. Kalau saya rasanya tak tau lah macam mana, lompat terus kot,” kata Charlie Champion.

“Jarang yang boleh berhenti motosikal dengan baik. Kebanyakan terjun terus,” komen Pakcikmail.

“Macam mana boleh bro boleh turun dari motosikal dengan tenang. Kalau saya kena kat diri sendiri memang tak boleh bayangkan,” kongsi Mustafa.

Menerusi perkongsian sama, ada juga yang memaklumkan bahawa spesis ular tersebut tidak berbahaya kepada manusia.

“Ular kucing taring anjing, berbisa tapi tak berbahaya kepada manusia,” kongsi seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI