fbpx

Cuaca panas: Ibu bapa gesa KPM, sekolah ‘hapus’ tali leher, vest

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Rata-rata ibu bapa menggesa supaya pemakaian tali leher dan vest di sekolah dikecualikan sementara ekoran musim panas yang melanda negara, ketika ini.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, ramai yang berpendapat pengecualian tersebut perlu dipertimbang kerana ia tidak lagi relevan berdasarkan cuaca semasa.

Menurut seorang pengguna di Facebook, pemakaian persalinan sukan adalah lebih sesuai buat sementara waktu.

“Anak saya pengawas, tudung kat dalam baju, tali leher lagi. Kemeja kena sentiasa berbutang kat lengan, pakai vest sepanjang hari.

“Seeloknya musim panas ni benarkan pemakaian pakaian sukan ke sekolah,” kata Yastina Hamid. Rata-rata ibu bapa menggesa supaya pemakaian tali leher dan vest di sekolah dikecualikan sementara ekoran musim panas yang melanda negara, ketika ini.

Sementara itu, Amy Jameatol berpendapat supaya peraturan tersebut dikaji semula oleh Kementerian Pendidikan (KPM) dan pihak sekolah.

“Kasihan anak-anak. Rasanya kena kaji balik pemakaian para pelajar. Zaman kita dulu tak ada vest bagai hanya warna baju membezakan. Kan elok begitu,” komen Amy Jameatol pula.

Seorang lagi pengguna turut mempersoalkan bagaimana ‘budaya’ pemakaian tali leher dan vest ini boleh tercetus.

“Siapa la yang mulakan budaya pakai tali leher ni kat sekolah, tak sesuai tau. Kita bukan ada musim sejuk. Ironinya, pekerja swasta yang bekerja dalam pendingin hawa pun tak pakai,” ujar DeYanti.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan cuaca panas dijangka berlanjutan sehingga Ogos berikutan perubahan kitaran musim kepada Monsun Barat Daya dengan catatan suhu hari­an sekitar 36 hingga 38 darjah Celsius.

Antara risiko akibat suhu yang terlalu tinggi atau gelombang haba adalah seperti dehidrasi, kekejangan haba, keletihan haba dan strok haba yang boleh memburuknya keadaan kesihatan seseorang.

Turut dilaporkan, kematian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai akibat diserang strok haba di rumahnya di Kampung Perupok, Bachok, baru-baru ini.

Mangsa, Muhamad Syamil Aqil, 11, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 9.27 pagi semasa menerima rawatan di sebuah klinik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI