fbpx

Ee Yi-Yew Sin teruskan kemaraan di BAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas menyingkirkan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dari Indonesia.

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki profesional negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin meneruskan kemaraan pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) selepas melangkah ke pusingan separuh akhir.

Pada aksi suku akhir yang berlangsung di Dewan Tertutup Sheikh Rashid Bin Hamdan sebentar tadi, Ee Yi-Yew Sin menyingkirkan beregu No.1 dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto selepas menang 22-20, 21-15.

Kemenangan itu menyaksikan mereka memperbaiki pencapaian pada saingan musim lalu apabila tersekat di pusingan kedua selepas tewas 16-21, 21-18, 16-21 kepada satu lagi beregu Indonesia, Pramudya Kusumawardana-Yeremi Rambitan.

Menanti Ee Yi-Yew Sin di pusingan separuh akhir esok adalah pemenang antara beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi dan Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana juga dari Indonesia.

Untuk rekod, ini adalah pertemuan ke-11 antara kedua-dua beregu dengan Fajar-Rian mencatat kemenangan sebanyak tujuh kali ke atas gandingan No.8 dunia itu.

Kali terakhir Malaysia muncul juara dalam acara beregu lelaki di BAC adalah pada edisi 2007 di Johor Bahru yang menyaksikan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah menewaskan rakan sepasukan, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong 21-14, 11-21, 21-12.

Mengiringi Ee Yi-Yew Sin ke separuh akhir esok adalah beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai yang akan membuat perhitungan dengan beregu No.1 dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI