JOHOR BAHRU – 21 buah keluarga berpeluang menaiki kapal persiaran yang disewa khas R&F Princess Cove untuk melepaskan rindu yang terpisah sejak pintu sempadan Malaysia-Singapura ditutup Mac lalu.
“Ayah, kami rindu ayah.”. Itu ucapan pilu salah sebuah keluarga ketika kapal merapati perairan Singapura di Selat Tebrau di sini pagi hari ini.
Ungkapan kerinduan itu terzahir dari lubuk hati seorang remaja, Darwishah Insyirah Darma, 14, dan ibunya, Che Suriyati Mohd. Nor, 40.
Mereka antara 21 keluarga bertuah yang terpilih menaiki kapal yang disediakan R&F Princess Cove menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR), Miss You My Love.-K! ONLINE