fbpx

Suntikan ‘ajaib’ turunkan berat badan lebih 15 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barlow berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 45.4 kg selepas menggunakan Mounjuro. - MailOnline

WASHINGTON – Sejenis suntikan yang mampu membantu orang ramai menurunkan berat akan ditawarkan di Britain dan Amerika Syarikat (AS), lapor portal berita MailOnline semalam.

Menurut data percubaan klinikal, suntikan Tirzepatide mampu membantu orang ramai menurunkan purata berat badan sebanyak 15.6 kilogram.

Walaupun keputusan ujian sangat menjanjikan, pengawal selia masih perlu meluluskan suntikan yang perlu diambil sekali seminggu itu sebelum dilancarkan secara meluas.

Ketika ini, suntikan Tirzepatide hanya diluluskan untuk merawat diabetes tahap 2.

Bagaimanapun, sesetengah penduduk AS sudah menunjukkan perubahan selepas meminta doktor memberikan suntikan Tirzepatide yang belum diluluskan.

Seorang lelaki yang mempunyai berat badan berlebihan mendakwa ubat yang dijenamakan semula sebagai Mounjuro itu membantunya menurunkan berat sehingga 45.4 kg.

Gambar sebelum dan selepas memaparkan transformasi luar biasa seorang eksekutif teknologi kesihatan, Matthew Barlow, 48, yang tinggal di California.

Dia mula menggunakan ubat itu pada November tahun lalu. Pada masa sama, dia juga mengubah diet dan gaya hidup seperti yang disyorkan oleh pakar. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI