fbpx

Benci tengok Rita Rudaini, Kartina Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KINI giliran Kartina dan Rita menjadi sorotan netizen.

MASIHKAH kalian ingat dengan filem Mami Jarum yang menyaksikam gandingan hebat pelakon Rita Rudaini dan Kartina Aziz.

Kini, dua pelakon itu kembali berpadu energi dalam drama terbaharu TV3 berjudul Kerasnya Takdir.

Bukan watak protagonis, Rita dan Kartina sebaliknya meracau jiwa penonton dengan karakter antagonis sebagai Syarifah Mastura serta Syarifah Aminah.

Rata-rata netizen meluahkan rasa ‘sakit hati’ melihat lakonan mereka yang dianggap berjaya mencetuskan kebencian ramai.

“Mami Jarum dan Mami Jarum Junior kembali. Rindu betul nak lihat mereka bergabung lagi.

“Menjadi sungguh jahat Kartina dan Rita. Benci dengan dua watak mereka,” komen netizen.

Selain dua aktres itu, Kerasnya Takdir yang diarahkan oleh Emi Suffian turut dibintangi Redza Rosli, Amyra Rosli dan Azlee Khairi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI