fbpx

Pesara kerajaan lesap RM435,100 ditipu skim pelaburan emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

MUKAH – Seorang pesara kerajaan kerugian sebanyak RM435,100 akibat ditipu skim pelaburan emas secara dalam talian.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, lelaki berusia 68 tahun itu membuat laporan polis petang semalam, selepas menyedari dirinya ditipu.

Beliau berkata segalanya berlaku apabila seorang lelaki yang tidak dikenali dan memperkenalkan diri sebagai Eric Yee telah memasukkan nombor telefonnya ke dalam satu kumpulan WhatsApp IG Global pada 8 Februari lalu.

Katanya Eric telah mempelawa mangsa untuk melabur dalam saham IG Global secara dalam talian iaitu pelaburan emas dan USD.

Beliau menambah suspek kemudian menghantar satu dokumen PDF mengenai pelaburan sehingga menyebabkan mangsa tertarik dengan pelaburan tersebut.

“Mangsa diarahkan membuat pelaburan dengan melakukan 15 transaksi pemindahan wang berjumlah RM435,100 melalui pautan https://user.igglobal antara dari 16 Mac hingga 13 April ke enam akaun bank berbeza.

“Pada 22 April lalu, mangsa telah dihubungi oleh salah seorang ahli kumpulan WhatsApp dan menyatakan bahawa wang keuntungan tidak dapat dikeluarkan melalui pautan tersebut.

“Susulan itu, mangsa cuba memindahkan wang berjumlah RM2,225 dari pautan yang sama ke akaun miliknya namun tidak berjaya dan mangsa menyedari telah ditipu apabila mendapati nombor telefonnya telah disekat dalam kumpulan WhatsApp IG Global,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI