fbpx

Serik raya tanpa air di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SABAN kali tibanya musim pe­rayaan, isu ketiadaan bekalan air di Kelantan sudah acap kali didengar.

Keadaan itu terus berlaku hampir setiap tahun.

Bukan hendak berpolitik, tetapi melalui kuasa siasah sahaja yang mampu menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan hampir 30 tahun tanpa jalan penyelesaian yang sepatutnya.

Bayangkan di musim perayaan, semua keluarga di luar Kelantan pulang, malah ada keluarga baharu yang mula menjadi ‘keluarga’ Kelantan juga akan merasai pengalaman buruk.

Teringat kepada satu kisah, yang mana seorang individu membuat laporan di salah satu pejabat Air Kelantan untuk menyatakan masalah berkenaan bekalan air yang terputus di kediamannya.

Malangnya, pekerja di pejabat Air Kelantan tersebut menyuruhnya pulang kerana di pejabat itu juga tiada air.

Jika kita menyentuh isu ini, maka ada sahaja ayat-ayat ‘kau bercakap macam musuh Islam’, ‘mana kau nak pilih, pimpinan ulama atau perasuah’ atau ‘tak perlu pembangunan, macam ni dah cukup bagus’ pasti sahaja akan timbul.

Rakyat Kelantan sebenarnya sudah terbiasa dengan masalah bekalan air ini, jadi mereka sudah tidak kisah dengan masalah yang sedang melanda di sana, lagipun sudah lama mereka hidup dengan keadaan itu.

Itu hanya masalah air sahaja yang disentuh dan bukannya soal peluang pekerjaan, ekonomi, sampah serta masalah jalan raya yang tidak pernah selesai.

Jika ingin bercakap soal agama, Islam itu sendiri adalah mementingkan kesejahteraan sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik. Ia adalah gambaran kualiti sebenar kehidupan umat Islam.

Islam juga mementingkan pembangunan teknologi. Teknologi yang ingin dibangunkan itu mestilah sesuai dengan persekitaran tempatan iaitu sesuai dengan keperluan atau aspirasi negara Islam.
Islam menggalakkan reka cipta, memperbaiki dan mengubah suai teknologi yang ada kepada teknologi yang lebih canggih.

Jelaslah bahawa Islam melarang sebarang pembangunan yang mendatangkan kesusahan kepada manusia.

Pembangunan jenis ini sebenarnya berasaskan kepada kuasa dan kebendaan semata-mata.
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Moha­mmad Agus Yusoff ketika pulang berhari raya di Kelantan turut menyatakan beliau rimas dengan keadaan yang sedang berlaku di negeri kelahirannya itu.

Isu tekanan air yang rendah serta tidak berkualiti menjadi isu pertama merimaskan bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia tersebut.

Menurut Mohammad Agus, Kelantan juga berhadapan dengan isu jalan yang tidak di­selenggara dengan baik. Beliau turut mendapati persekitaran negeri itu kotor kerana sampah sarap tidak diuruskan secara sistematik.

Dalam perkongsian ringkas di Facebooknya, Mohammad Agus berkata, ketiga-tiga isu itu bukan masalah baharu tetapi sudah lama.

“Balik Kelantan sambut raya. Tiga perkara yang merimaskan. Airnya perlahan dan kualitinya teruk. Jalannya sempit dan berlubang. Sampah berlonggok di merata tempat dan kotor.

“Aduhhhh, negeriku. Masalah ini berulang setiap raya. Semoga boleh berubah. Sekejap lagi bertolak ke Pulau Pinang. Nikmati kelainan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin,” tulis beliau.

Apa yang boleh diperkatakan di sini, sebagai pemimpin yang diberi mandat oleh rakyat selama ini, anda sebenarnya telah dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbir urusan dunia demi kebahagiaan kehidupan di dunia dan akhirat.

Jika kebahagiaan di dunia sudah tercapai maka tidak mustahil kebahagian di akhirat juga bakal diperolehi sepertimana sering yang ­dikatakan dalam setiap ciri ‘ceramah anda’ selama ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI