fbpx

Operator kilang maut dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa di lokasi kejadian.

KLANG – Seorang operator kilang maut dilanggar lari ketika melintas jalan menggunakan basikalnya dalam kejadian di lampu isyarat Lebuh Raya Selat Klang Utara di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi, mangsa merupakan seorang lelaki warga India, Inderjeet Singh berusia 28 tahun yang parah di kepala maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa dari arah Lebuh Sultan Mohamed 1 sedang melintas telah dilanggar dari kanan oleh kenderaan tidak pasti.

Katanya, impak pelanggaran itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di kepala.

“Usaha mengesan kenderaan yang melanggar sedang giat dilakukan pihak polis bagi mengetahui punca kejadian.

“Justeru, mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Surihan Samsudin ditalian 013-2082327,” katanya ketika dihubungi hari ini

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI