fbpx

Dilema puasa enam, penuhi undangan rumah terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Mahu meneruskan puasa sunat enam Syawal atau memenuhi undangan makan di rumah terbuka rakan dan sanak saudara.

Ini panduan diberikan ilmuan agama, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri jika ada individu yang bakal berdepan dengan situasi berkenaan.

Menurut Zulkifli, beliau berpandangan adalah lebih baik jika seseorang itu meraikan jemputan disamping dapat menyambung silaturrahim dan menggembirakan hati insan yang mengundang.

Namun, katanya, jika boleh untuk meneruskan puasa dan mengambil secara take-away (bawa pulang) sedikit makanan sebagai meraikan, alangkah baiknya.

“Tetapi jika dia mahu meraikan dan berbuka puasa maka tidaklah menjadi masalah dan boleh berpuasa pada hari lain di bulan Syawal sebagai contoh untuk puasa enam yang belum lagi cukup.

“Saya juga mengambil kesempatan agar pihak yang menjemput dalam rumah terbuka sebagai contoh, dapat meraikan rakan-rakan yang berpuasa dengan mengadakan jemputan pada sebelah malam atau waktu berbuka puasa.

“Bahkan ini jauh lebih baik kerana menjamu orang yang berbuka puasa di samping meraikan keadaannya yang tidak lagi serba salah,” katanya menerusi artikel terbaharu dikeluarkan menerusi Portal Maktabah Al-Bakri.

Katanya, jika rumah terbuka dan majlis berbuka puasa diadakan serentak, maka ia dapat merealisasikan kehendak tuan rumah dan individu yang berpuasa enam itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI